2 Teknik yang Terbukti Berkesan untuk Minda Bijak

Zaman persekolahan 2011 akan bermula. Ramai antara kita mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan penting. Inginkan mereka skor? Pelajari teknik yang mudah dan terbukti berkesan ini!

Zaman persekolahan 2011 akan bermula. Ramai antara kita mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR dan SPM. Inginkan mereka skor? Baiklah, dalam blog kali ini kita bicarakan tentang teknik yang mudah bagi meningkatkan kemampuan minda untuk berfungsi secara menyeluruh, fokus, memproses dan mengingati pembelajaran. Ianya terbukti efektif!

Teknik ini bukan sahaja boleh digunakan oleh anak anda, ia juga boleh diamalkan oleh anda sendiri. Jadikan teknik ini rutin harian dan anda PASTI akan melihat peningkatan minda anda dan anak anda, Insyallah.

2 teknik minda bijak:

  1. Teknik Ketuk Ketampi
  2. Teknik Konsentrasi


1. Ketuk Ketampi

Terkejut? Ya, sebenarnya denda ketuk ketampi yang kita semua pernah merasa ketika zaman persekolahan dulu terbukti memberi faedah kepada otak.

Ketuk ketampi meningkatkan fungsian otak, memori, keupayaan tumpuan dan banyak lagi. Kajian di makmal sains membuktikan ketuk ketampi memberi tenaga serta mengimbangi hemisfera kiri dan kanan otak.

[youtube KSwhpF9iJSs 400 321]

Kajian beberapa orang doktor dari New Jersey, USA terhadap kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak berumur 5 ke 9 tahun membuktikan yang mereka menjadi lebih fokus, tenang, memori dan tingkah laku diperbaiki.

Berikut adalah cara yang betul:

1. Lakukan ketuk ketampi 14 ke 21 kali, sekali atau dua kali sehari.
2. Sentuh lidah pada langit-langit.
3. Tangan kiri di sebelah dalam dan tangan kanan di sebelah luar.
4. Ibu jari tangan di atas cuping telinga dan jari telunjuk di belakang cuping telinga.
5. Tarik nafas ketika turun dan hembus ketika naik.


2. Teknik Konsentrasi.

Hakikatnya, ramai antara kita yang terlepas pandang tentang kelebihan yang tersirat disebalik kemampuan konsentrasi. Secara semula jadi, minda kita memang sukar “disenyapkan”. Kemampuan konsentrasi adalah kebolehan menguasai minda yang menjadi aset penting dalam mencorakkan hidup kita. Banyak kajian membuktikan mereka yang menikmati kestabilan, kemewahan dan kesihatan adalah mereka yang mampu menguasai minda dengan mengawal tumpuan mereka. Walaupun begitu, kita akan bicarakan tentang hal ini di lain kali. Dalam blog kali ini, kita hanya membincangkan tentang teknik konsentrasi dalam konteks pembelajaran.

Sebenarnnya, teknik ini bukan sahaja melatih kita untuk memberi tumpuan, tetapi juga membantu kita untuk menikmati kejelasan minda. Bagi sesetengah orang, teknik ini mungkin membuka deria psikik mereka (seperti kebolehan membaca minda orang lain). Di samping itu, ia juga terbukti dalam memperkuatkan otot mata.

Tekniknya mudah sahaja dan memakan masa 3 ke 5 minit sebelum memulakan pembelajaran. Lukiskan bulatan seperti gambarajah di atas dan letakkan separas dengan mata ketika duduk di kerusi. Lekatkan pada dinding di jarak lebih kurang satu kaki dari tempat duduk.

Bagi memulakan teknik ini, duduk di kerusi yang selesa, kosongkan minda anda dan berikan tumpuan hanya kepada bintik hitam dalam bulatan tersebut selama 3 ke 5 minit. Abaikan garisan bulat disekeliling bintik hitam itu. Jika anda melakukannya dengan betul, garisan bulat tadi akan hilang. (Untuk melakukannya dengan betul mungkin memakan masa beberapa hari, minggu atau bulan, bergantung kepada usaha anda). Ada kalanya buah fikiran, dialog-diri atau imej akan terlintas di minda anda, jika ini berlaku, kembalikan tumpuan anda ke bintik hitam dan lepaskan fikiran tadi berlalu.

Apa yang penting ialah anda mengamalkannya setiap hari, jangan putus asa dan pastinya, ia berbaloi. Setelah selesai latihan selama 3 ke 5 minit ini, teruskan dengan pembelajaran anda. Anda pasti akan melihat kemampuan konsentrasi terhadap pelajaran meningkat sejajar dengan kemampuan fokus ke atas bintik hitam tadi.

Dalam satu tempoh masa, anda akan dapat rasakan penguasaan tumpuan keatas bintik hitam. Penguasaan ini menandakan anda telah bersedia untuk meningkat ke satu tahap fokus yang lain.

Kali ini, berikan tumpuan terhadap ruang putih di sekeliling bintik hitam. Tumpuan terhadap ruang putih adalah lebih sukar berbanding dengan bintik hitam. Ada kalanya, ruang putih tadi memudahkan pelbagai buah fikiran, imej maya dan sebagainya untuk terhasil diminda anda. Walau apa pun, abaikan sebarang bentuk pemikiran. Dalam erti kata yang lain, jangan hubungkan diri dengan apa jua pemikiran yang terlintas di minda anda.

Semakin kerap anda amalkan teknik ini, semakin tinggi kemampuan anda mengawal dan menguasai tumpuan. Apabila bintik hitam dan garisan bulat mula hilang ketika anda fokus ke atas ruang putih, anda telah memiliki satu keupayaan konsentrasi yang terlalu jarang dinikmati oleh ramai orang.

Teknik ini bukan sahaja boleh digunakan sebelum memulakan pelajaran. Ia boleh juga digunakan sebelum berkerja, berkarya dan semua tugasan yang memerlukan tumpuan. Pada bila-bila masa minda anda menggangu tumpuan, bayangkan bintik hitam sebagai tugasan anda dan berikan tumpuan keatasnya. Segala bentuk rintangan yang menghalang konsentrasi akan hilang begitu sahaja, Insyallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *