24 Jun 2013 adalah hari yang kami nanti-nantikan sejak enam bulan. Setelah menjalani ujikaji intensif, Universiti Teknologi Malaysia telah mengesahkan dan mengiktiraf keberkesanan Teknologi Minda Pintar yang telah kami jelajahi selama ini.
Ingin tahu bagaimana Teknologi Minda Pintar diuji secara saintifik?
Meskipun prosesnya kompleks dan atas dasar etika, kami tidak boleh begitu campur tangan dalam proses membuktikan keberkesanannya, melalui blog ini kami kongsikan bagaimana Teknologi Minda Pintar diuji (dari kaca-mata kami).
Teknologi ini diuji sejak akhir Disember 2012 oleh sekumpulan saintis dari Fakulti Bio-Sains dan Kejuruteraan Medikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai Johor. Jumlah keseluruhan ahli yang menguji teknologi ini adalah 8 orang diketuai oleh Prof. Dr. -Ing. Eko Supriyanto, Ketua Kumpulan Kajian Diagnostik (Neurosains dan Pencegahan Awal) yang juga merupakan Pengarah Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular IJN-UTM. Setiap orang dalam kumpulan ini mempunyai peranan masing-masing.
Kajian Teknologi Minda Pintar dibahagikan kepada 2 bahagian: Ujian Makmal (“Lab Test”) dan Ujian Lapangan (“Field Test”). Kajian ini melibatkan 25 orang yang terdiri dari pelbagai peringkat umur (kanak-kanak, remaja dan dewasa) sebagai kumpulan yang diuji.
Ujian makmal bertujuan mendapatkan data saintifik (dari mesin EEG) tentang aktiviti gelombang otak, dengan menggunakan dan tanpa menggunakan Teknologi Minda Pintar. Ujian Lapangan pula (di kelas tanpa mesin EEG) bertujuan melihat bagaimana teknologi ini memberi kesan keatas pencapaian pendidikan pelajar dalam dunia sebenar.
Melalui pengiktirafan bertulis oleh UTM, berikut adalah sinopsis hasil ujian keatas Teknologi Minda Pintar:
Hasil Ujian Makmal
![]() |
Kebolehan melentur gelombang otak bagi mewujudkan keadaan minda yang ideal untuk belajar. |
![]() |
Memfasilitasikan dan memudahkan proses pembelajaran. |
![]() |
Membantu pembentukan memori jangka panjang. |
![]() |
Menenangkan minda dan tubuh. |
![]() |
Mengurangkan stres. |
![]() |
Meningkatkan relaksasi dan konsentrasi. |
![]() |
Selamat digunakan oleh semua lapisan pelajar. |
Hasil Ujian Lapangan
![]() |
Peningkatan pencapaian pelajar yang ketara. |
![]() |
Teknik menerima informasi yang sistematik meningkatkan keupayaan hafalan yang ketara. |
![]() |
Menenang dan menceriakan proses pembelajaran. |
![]() |
Mengurangkan stres. |
![]() |
Meningkatkan relaksasi dan konsentrasi. |