How Smart Learning was Tested

Ingin tahu bagaimana Teknologi Minda Pintar diuji secara saintifik? Meskipun prosesnya kompleks dan atas dasar etika, kami tidak boleh begitu campur tangan dalam proses membuktikan keberkesanannya, melalui blog ini kami kongsikan bagaimana Teknologi Minda Pintar diuji, dari kaca-mata kami.

news1

Ujian Lapangan

Ujian lapangan dijalankan selama lebih kurang 3 bulan, dimana semua individu dalam ujian ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama adalah apa yang dipanggil sebagai “Control Group”, dimana mereka diajar dengan teknik pembelajaran konvensional (tanpa Teknologi Minda Pintar). Kumpulan yang kedua pula ialah “Experimental Group”; Kumpulan ini diajar dan dilatih, langkah demi langkah, dengan menggunakan Teknologi Minda Pintar.

Untuk memastikan hasil ujikaji yang tepat, tiga peringkat ujian dilakukan keatas setiap kumpulan, iaitu:

    1. Pra-Ujian:
      Ujian ini adalah bertujuan memastikan pencapaian mereka sebelum penggunaan Teknologi Minda Pintar. Disamping itu, latar-belakang pelajar juga diambil pada peringkat ini. Selepas latar-belakang pelajar dikumpul, mereka diberikan satu set informasi yang mengandungi 50 data dimana mereka perlu ingat dalam masa 3 minit. Hasil dari kajian ini menunjukkan pencapaian yang berbeza-beza oleh setiap individu dalam kedua-dua kumpulan.

 

  • Ujian Pertengahan:
    Peringkat ini adalah merupakan “surpise test” yang dilakukan dalam tempoh semasa ujikaji dijalankan. Pelajar diberi set informasi yang mengandungi 50 data yang berbeza dari set sebelumnya. Kumpulan “Control Group” tidak menunjukkan apa-apa perkembangan dalam peringkat ini, manakala “Experimental Group” menunjukkan sedikit kemajuan dalam kemampuan pelajar untuk mengingat mata pelajaran. Dalam “Experimental Group” juga, pelajar diperhatikan lebih tenang dan ceria dalam proses pembelajaran.

 

 

  • Pasca-Ujian:
    Pasca Ujian adalah ujian penentuan pencapaian semua individu dalam kedua-dua kumpulan. Setelah lebih kurang 3 bulan, perbezaan yang ketara dapat dilihat pada “Experimental Group”; Menurut salah seorang ahli ujikaji, murid-murid dalam “Experimental Group” sentiasa ternanti-nanti untuk menghadiri kelas Teknologi Minda Pintar. Mesikpun pencapaian berbeza pada setiap individu, semua ahli kelas “Experimental Group” menjadi lebih ceria, peka dan kemampuan memori mereka meningkat secara sangat ketara. “Control Group” pula tidak menunjukkan perbezaan ketara bedasarkan Pra-Ujian dan Pasca-Ujian.

 

Ringkasan pencapaian pelajar dalam ujian lapangan. Perhatikan peningkatan pencapaian pelajar dalam Pasca-Ujian (Post-Test).


Antara para pelajar yang diuji.

Berwuduk adalah salah satu teknik dalam Teknologi Minda Pintar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *