Einstein was a Genius Not Because of His Brain

Kalau dilihat dari segi berat otaknya, Einstein tidak sepatutnya menjadi seorang genius. Purata berat otak orang dewasa yang normal adalah 1.3kg ke 1.4kg, manakala berat otak Einstein adalah 1.22kg sahaja. Tapi apakah yang membolehkan otak ini menjadikan beliau seorang genius?

albert-a-brain

Einstein Adalah Seorang yang Menitik Beratkan Imaginasi.

e_quote

Tahukah anda Einstein adalah seorang yang arif tentang potensi minda separa sedar? Mereka yang arif tentang minda separa sedar sering menitik-beratkan imaginasi dan visualisasi. Ini adalah kerana visualisasi adalah “bahasa” sebenar yang digunakan otak untuk berkomunikasi dengan minda separa sedar.

Sebenarnya, Einstein bukanlah satu-satunya orang yang arif tentang hakikat ini. Ramai lagi individu lain yang bukan sahaja arif tentang potensi imaginasi, malah menggunakannya sebagai “alat” hebat untuk mencapai kejayaan mereka. Segelintir dari kalangan mereka ini mempunyai nama yang terpahat di dalam buku sejarah hingga ke hari ini. Antaranya ialah:

    • Pablo Picasso: “Segala yang boleh anda bayangkan adalah benar wujud.” (“Everything you can imagine is real”)
  • Napoleon Bonaparte: “Imaginasi adalah pemerintah sebenar dunia”. (“Imagination rules the world.”)
  • Leonardo da Vinci: “Mengapa mata melihat dengan lebih jelas didalam mimpi berbanding didalam imaginasi ketika kita sedar?”(“Why does the eye see a thing more clearly in dreams than the imagination when awake?”)
  • Muhammad Ali: “Manusia yang tidak mempunyai imaginasi, tidak mempunyai sayap”. (“The man who has no imagination has no wings.”)
  • Brian Tracy: “Semua orang yang sukses lelaki dan wanita adalah mereka yang mempunyai impian yang hebat. Mereka bayangkan bagaimana masa depan diri mereka…”(“All successful people men and women are big dreamers. They imagine what their future could be…”)

Albert Einstein tidak ketinggalan didalam menyatakan pendapat beliau tentang kuasa imaginasi:

 

  • “Tanda kebijaksanaan yang sebenarnya bukanlah pengetahuan tetapi imaginasi.”
    (“The true sign of intelligence is not knowledge but imagination.”)
  • “Imaginasi adalah segala-galanya. Ia adalah pembayangan kehidupan dimasa akan datang.”
    (“Imagination is everything. It is the preview of life’s coming attractions.”)
  • “Logik akan membawa anda dari A ke B. Imaginasi akan membawa anda kemana-mana.”
    (“Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere.”)
  • “Satu-satunya benda yang paling bernilai adalah naluri.”
    (“The only real valuable thing is intuition.”)

Teknologi Minda Pintar Menitik-beratkan Imaginasi dan Visualisasi

Einstein secara jelas and lantang menyatakan tentang pentingnya imaginasi. Imaginasi dan visualisasi adalah sebenarnya “alat” yang sangat hebat didalam mencapai kejayaan dalam hidup. Menyedari hakikat ini, MinDec amat menekankan potensi imaginasi dan visualisasi menerusi Teknologi Minda Pintar. Melalui pakej Teknologi Minda Pintar, pelajar dibimbing tentang cara melakukan imaginasi dan visualisasi dengan betul.

manual Pelajar diajar tentang teknik visualisasi melalui manual Teknologi Minda Pintar.

⇐ Muka depan Keistimewaan lain Einstein ⇒

2 thoughts on “Einstein was a Genius Not Because of His Brain”

    1. Salam Tuan, terima kasih banyak atas komen Tuan. Kami sangat menghargainya. Sebelum kami menjawab, perlu untuk kami nyatakan yang MinDec bukanlah entiti yang sesuai untuk rujukan berkaitan agama Islam. Jadi secara jujur, kami rasa Tuan perlu mendapatkan pandangan dari pada guru agama yang bertauliah. Kami di MinDec melakukan pemerhatian dan kajian hanya berdasarkan sains. Meskipun sebahagian dari pemerhatian dan kajian yang berkaitan minda kadang-kala (tidak boleh dielak) menyentuh aspek rohaniah, tapi kami cuba untuk mengekalkan kedudukan kami untuk hanya berada didalam konteks dan ruang-lingkup psiko-spiritual yang berasaskan sains.

      Walaupun begitu, sebelum kami menjawab soalan Tuan, izinkan kami bertanya adakah soalan Tuan berkaitan dengan “imaginasi dan visualisasi” di dalam konteks agama?

      Jika “ya”, terlebih dahulu perlu untuk kami nyatakan yang otak kita memang sentiasa melahirkan visual dan hakikat ini telah dikaji secara saintifik. Gelaran seperti “hologram minda”, “presentasi dalaman” dan sebagainya, merujuk kepada proses visualisasi ini. Sebenarnya, dalam saat Tuan sedang membaca teks ini, minda menghasilkan visual/hologram bagi membolehkan Tuan memahami apa yang dibaca.

      Jadi pada pandangan kami, jika soalan Tuan berkaitan dengan “imaginasi dan visualisasi” dari pandangan Islam, ianya seolah-olah bertanyakan tentang “hukum tarikan graviti” dari pandangan agama.

      Sebenarnya, melalui posting di atas, kami berniat untuk menekankan tentang potensi semula jadi minda dan bagaimana ianya boleh membantu kita semua untuk menjalani kehidupan yang lebih positif.

      Sekali lagi terima kasih banyak diatas komen Tuan. Kami sangat mengalu-alukan perbincangan seperti ini.

      Salam.
      -MinDec Insider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *