Minda Bijak Adalah Apabila Kedua-dua Belah Otak Berfungsi Serentak
Umumnya, kita dibesarkan dengan tanggapan bahawa keunikan dan kelebihan individu bergantung kepada bahagian otak yang mana lebih dominan.
Menerusi kajian beberapa ahli sains yang diterbitkan pada September 2013, otak Einstein mempunyai beberapa ciri unik. Ciri yang ditekankan melalui kajian tersebut ialah otak beliau mempunyai rumpunan rangkaian yang banyak pada lokasi dimana kedua-dua belah otak berinteraksi (“corpus collosum”). Ini bermaksud kedua-dua belah otak Albert Einstein mampu untuk berfungsi serentak.
Fungsian Serentak Seluruh Otak Melalui Teknologi Minda Pintar
Inovasi MinDec telah terbukti mampu menghasilkan aktiviti serentak kedua-dua belah otak. Sains menggelar fenomena ini sebagai “whole brain functioning”. Gambarajah di bawah menunjukkan aktiviti otak pelajar ketika menggunakan Teknologi Minda Pintar – ALFA. Bahagian kiri dan kanan dalam gambarajah tersebut menunjukkan aktiviti hemisfera kiri dan kanan otak. Perhatikan persamaan aktiviti pada kedua-dua belah.
Ciri Lain Otak Einstein
Menerusi kajian beliau, Dr. Sandra Witelson mendapati otak Albert Einstein mempunyai satu ciri yang menarik. Bahagian tepi yang dipanggil sebagai “lateral sulcus” (atau “Sylvian fissure”) yang membahagikan “lobus parietal” pada otak Einstein hampir tidak wujud.
Bahagian lobus parietal ini bertanggung-jawab bagi kemahiran matematik dan visualisasi dalam bentuk 3-dimensi. Keadaan otak ini dikatakan berketepatan dengan apa yang pernah Einstein nyatakan tentang proses pemikiran beliau: “Perkataan (bahasa manusia) tidak memainkan apa-apa peranan.. Yang ada hanyalah gambaran yang lebih atau kurang jelas” (“Words do not seem to play any roles, [There are] more or less clear images”).
⇐ Imaginasi & Visualisasi | Muka depan ⇒ |
Apa kata ilmuan Islam kepada perkara diatas
Salam Tuan, terima kasih banyak atas komen Tuan. Kami sangat menghargainya. Sebelum kami menjawab, perlu untuk kami nyatakan yang MinDec bukanlah entiti yang sesuai untuk rujukan berkaitan agama Islam. Jadi secara jujur, kami rasa Tuan perlu mendapatkan pandangan dari pada guru agama yang bertauliah. Kami di MinDec melakukan pemerhatian dan kajian hanya berdasarkan sains. Meskipun sebahagian dari pemerhatian dan kajian yang berkaitan minda kadang-kala (tidak boleh dielak) menyentuh aspek rohaniah, tapi kami cuba untuk mengekalkan kedudukan kami untuk hanya berada didalam konteks dan ruang-lingkup psiko-spiritual yang berasaskan sains.
Walaupun begitu, sebelum kami menjawab soalan Tuan, izinkan kami bertanya adakah soalan Tuan berkaitan dengan “imaginasi dan visualisasi” di dalam konteks agama?
Jika “ya”, terlebih dahulu perlu untuk kami nyatakan yang otak kita memang sentiasa melahirkan visual dan hakikat ini telah dikaji secara saintifik. Gelaran seperti “hologram minda”, “presentasi dalaman” dan sebagainya, merujuk kepada proses visualisasi ini. Sebenarnya, dalam saat Tuan sedang membaca teks ini, minda menghasilkan visual/hologram bagi membolehkan Tuan memahami apa yang dibaca.
Jadi pada pandangan kami, jika soalan Tuan berkaitan dengan “imaginasi dan visualisasi” dari pandangan Islam, ianya seolah-olah bertanyakan tentang “hukum tarikan graviti” dari pandangan agama.
Sebenarnya, melalui posting di atas, kami berniat untuk menekankan tentang potensi semula jadi minda dan bagaimana ianya boleh membantu kita semua untuk menjalani kehidupan yang lebih positif.
Sekali lagi terima kasih banyak diatas komen Tuan. Kami sangat mengalu-alukan perbincangan seperti ini.
Salam.
-MinDec Insider