Einstein was a Genius Not Because of His Brain

Kalau dilihat dari segi berat otaknya, Einstein tidak sepatutnya menjadi seorang genius. Purata berat otak orang dewasa yang normal adalah 1.3kg ke 1.4kg, manakala berat otak Einstein adalah 1.22kg sahaja. Tapi apakah yang membolehkan otak ini menjadikan beliau seorang genius?

albert-a-brain

Di bawah ini adalah otak Albert Einstein. Kalau dilihat dari segi berat otaknya, Einstein tidak sepatutnya menjadi seorang genius. Purata berat otak orang dewasa yang normal adalah 1.3kg ke 1.4kg, manakala berat otak Einstein adalah 1.23kg sahaja.

Tapi apakah yang membolehkan otak ini menjadikan dia seorang genius?Jelasnya di sini, otak seorang genius bukanlah kelihatan terlalu istimewa dan berbeza dari otak kita. Einstein menjadi genius bukan kerana bentuk dan berat otak beliau, tapi pada cara beliau menggunakan potensi minda, yang juga ada secara semula jadi dalam diri kita semua.

Ya, Einstein dan kita berkongsi potensi minda yang sama. Tapi, apa yang sebenarnya membolehkan Einstein menjadi genius?

2 thoughts on “Einstein was a Genius Not Because of His Brain”

    1. Salam Tuan, terima kasih banyak atas komen Tuan. Kami sangat menghargainya. Sebelum kami menjawab, perlu untuk kami nyatakan yang MinDec bukanlah entiti yang sesuai untuk rujukan berkaitan agama Islam. Jadi secara jujur, kami rasa Tuan perlu mendapatkan pandangan dari pada guru agama yang bertauliah. Kami di MinDec melakukan pemerhatian dan kajian hanya berdasarkan sains. Meskipun sebahagian dari pemerhatian dan kajian yang berkaitan minda kadang-kala (tidak boleh dielak) menyentuh aspek rohaniah, tapi kami cuba untuk mengekalkan kedudukan kami untuk hanya berada didalam konteks dan ruang-lingkup psiko-spiritual yang berasaskan sains.

      Walaupun begitu, sebelum kami menjawab soalan Tuan, izinkan kami bertanya adakah soalan Tuan berkaitan dengan “imaginasi dan visualisasi” di dalam konteks agama?

      Jika “ya”, terlebih dahulu perlu untuk kami nyatakan yang otak kita memang sentiasa melahirkan visual dan hakikat ini telah dikaji secara saintifik. Gelaran seperti “hologram minda”, “presentasi dalaman” dan sebagainya, merujuk kepada proses visualisasi ini. Sebenarnya, dalam saat Tuan sedang membaca teks ini, minda menghasilkan visual/hologram bagi membolehkan Tuan memahami apa yang dibaca.

      Jadi pada pandangan kami, jika soalan Tuan berkaitan dengan “imaginasi dan visualisasi” dari pandangan Islam, ianya seolah-olah bertanyakan tentang “hukum tarikan graviti” dari pandangan agama.

      Sebenarnya, melalui posting di atas, kami berniat untuk menekankan tentang potensi semula jadi minda dan bagaimana ianya boleh membantu kita semua untuk menjalani kehidupan yang lebih positif.

      Sekali lagi terima kasih banyak diatas komen Tuan. Kami sangat mengalu-alukan perbincangan seperti ini.

      Salam.
      -MinDec Insider

Leave a Reply to MinDec Insider Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *