Secara umumnya, hampir semua dari kita dikatakan menjalani kehidupan harian dengan sebahagian otak berfungsi lebih dari sebahagian yang lain. Contohnya, orang yang dianggap kreatif menggunakan hemisfera kanan otak lebih dari yang kiri. Sebaliknya, pada mereka yang berfikiran analitikal, hemisfera kiri pula dikatakan lebih aktif dari yang kanan.
Bagaimana pula jika kita mampu berfikir menggunakan kedua-dua belah otak?
Dr. Lester Fehmi, Pengarah di Princeton Biofeedback Research Institute mengatakan “fungsian serentak kedua-dua hemisfera otak menandakan penghantaran maklumat ke seluruh otak berlaku secara effisien dan maksima.” 1
Apakah kesan berfikir secara “stereo” ini terhadap kehidupan seseorang?
Melalui pelbagai kajian, beliau mendapati seseorang yang mampu berfikir dengan menggunakan kedua-dua belah otak ternyata lebih bijak, kreatif, memiliki kebolehan konsentrasi yang tinggi serta mempunyai kejelasan minda yang jauh lebih hebat berbanding mereka yang berfikir dengan sebahagian otak lebih dominan dari yang lain.
Dalam pada itu, mereka mempunyai kestabilan mental dan emosional yang tinggi dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Otak yang berfungsi secara keseluruhan ini memberi ruang kepada individu untuk melihat sesuatu masalah secara menyeluruh dan sekali gus memperkasakan mereka untuk merubah masalah kepada peluang kejayaan.
Menurut beliau, corak fungsian otak seperti ini sering dikaitkan dengan individu bijak seperti Albert Einsteins, Mozart, Walt Disney, Stephen Hawking dan ramai lagi.
Bagaimana Mencetuskan Fungsian Keseluruhan Otak?
Terdapat pelbagai teknik untuk mencetuskan fungsian keseluruhan otak. Antaranya ialah ketuk-ketampi seperti yang telah dibincangkan dalam blog sebelum ini.
Walaupun begitu, di MinDec, amalan meditasi adalah teknik yang boleh diukur secara saintifik sebagai paling berkesan dalam mencetuskan fenomena ini. Amalan ini juga ternyata lebih mudah, pantas dan selamat.
Melalui sountrak kami, perubahan gelombang otak dari beta ke alfa, alfa ke theta dan seterusnya ke delta membentuk sinkronisasi di kedua-dua hemisfera otak . Dalam erti-kata yang lain, semakin rendah frekuensi gelombang dari soundtrak kami, otak menjadi semakin sinkroni dikedua-dua hemisfera (sila lihat gambarajah di bawah).
Gambarajah MindMirror di atas menunjukkan perbezaan keseimbangan otak kiri dan kanan bagi individu normal dalam keadaan berjaga dan individu yang mengamalkan meditasi.
Gambarajah EEG di atas menunjukkan gelombang otak yang terhasil ketika meditasi. Perhatikan keseimbangan gelombang dikedua-dua bahagian otak hasil dari penggunaan teknologi MinDec.
(Untuk maklumat lanjut tentang kesan teknologi MinDec terhadap minda, sila lihat halaman Bukti Saintifik)