SINAR HARIAN: UTM temui kaedah tingkat kebolehan minda

sinar-new

SKUDAI – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, menemui kaedah pembelajaran terkini yang mampu meningkatkan kebolehan semula jadi minda, sekali gus memudahkan penyerapan tumpuan supaya lebih fokus terhadap pembelajaran.

Ciptaan yang dinamakan Teknologi Minda Pintar itu diaplikasikan dengan melentur gelombang otak serta menggabungkan minda sedar dan separa sedar dengan menggunakan bunyian serta teknik pelenturan gelombang otak.


Penyelidikan diketuai oleh Profesor Dr Ing Eko Suprianto dari Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan itu mampu meletakkan minda pelajar dalam keadaan tenang dan meningkatkan daya penerimaan informasi.

Teknik pelenturan gelombang otak bagi meningkatkan kebolehan pelajar ini adalah hasil kajian selama lapan tahun menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat teknologi minda, Mind Development Centre (Mindec) Research Sdn Bhd dan turut sesuai digunakan kepada orang kurang upaya.

Menurut Eko, kaedah itu secara tidak langsung membuatkan minda pelajar dapat berfungsi seperti span dalam menyerap maklumat baru dari bahan bacaan.

Berita penuh di laman web Sinar Harian »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *