Teknologi Minda Pintar Menangi Pingat Perak dalam BioInnovation Awards 2013

Johor Bahru, 23 Oktober 2013 – Teknologi Minda Pintar telah menjadi salah satu inovasi yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam pertandingan BioInnovation Awards 2013. Pertandingan yang berlansung di Persada Johor International Convention Centre ketika pameran “BioMalaysia & Bioeconomy Asia Pacific 2013” ini telah dianjurkan oleh Malaysian Biotechnology Corporation (BioTechCorp), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia (MOSTI) dan Protemp Exhibitions Sdn Bhd.

20131120_155334_small

Dalam pertandingan tersebut, Teknologi Minda Pintar telah berjaya meraih Pingat Perak. Kejayaan ini sekali gus meletakkan Teknologi Minda Pintar sebagai satu inovasi yang diakui keberkesanannya serta menyumbang kepada jumlah pingat yang mampu diraih oleh UTM sebagai Universiti penyelidikan yang menerajui inovasi.

Pembentangan bersama antara Prof. Dr. -Ing Eko (kanan) dan Pengasas MinDec, Sheikh Mohamad ketika BioInnovation Awards sedang berlangsung.
Pembentangan bersama antara Prof. Dr. -Ing Eko (kanan) dan Pengasas MinDec, Sheikh Mohamad ketika BioInnovation Awards sedang berlangsung.
Prof. Dr. -Ing. Eko Supriyanto, Ketua Penyelidikan Diagnostik dan Pengarah Pusat Kardiovaskular IJN-UTM (kiri) dan Pengasas MinDec, En. Sheikh Mohamad (kanan) bergambar dengan Pingat Perak.
Prof. Dr. -Ing. Eko Supriyanto, Ketua Penyelidikan Diagnostik dan Pengarah Pusat Kardiovaskular IJN-UTM (kiri) dan Pengasas MinDec, En. Sheikh Mohamad (kanan) bergambar dengan Pingat Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *